come back to me

hai, assalammualaikum. 
rasa kekok sangat sangat bila dah lama tak update ni. hew hew hew. orang busy la kata kan. busy dengan DUNIAWI. sebenarnya, tiada sebarang motif update kali ini. cuma nak cakap, saya rinduuuuuuuuu sangat dengan budak berdua ni *sila sebut rindu sambil pejam mata* :P dah lama rasa nya tak keluar sama sama. masing masing dah sibuk. alahai sedih pulak. ingat balik masa kita tahun satu. haha, syurga sangat!! sebab satu kolej lepas tu tak sibuk pun. berbeza dengan sekarang. :<


last day exam tahun satu, semester 2. hang out lepas tension katanya. :P


sambut ulang tahun si fiza katanya. hew hew. 

dinner MPS1 2011/2012 tema back to school. semangat betul siap pakai uniform PBSM. :P

dinner MPS2 2011/2012 tema masquerade. tapi kita orang dikecualikan untuk tidak memakai mask!! :P

ada karnival dekat padang tasik varsiti katanya. :D

dinner di kolej Ibnu Sina. uuuu. ada gepren biri biri la di sini. :P


okaylah sampai di sini sahaja. okay dah tahu motif update kali ini adalah untuk mengimbau kenangan dulu. 

bye dan assalammualaikum. 


Masa bermain LUMPUR. (Video #2)

Hello dan assalammualaikum,

hari ni 28 Feb 2013 kita orang ada lab Microbial Ecology dan kita orang main lumpur. lol. Actually tak tahu samada ini first time main lumpur atau sebelum ni pernah main. wahaha. mungkin pernah. :P anw, best la lab kali ni, sebab takde la stress sangat. :D so, bawah ni ada video. cuma part gaul gaul lumpur dengan bahan kimia je. sikit je. :( lagipun kita orang busy. banyak benda nak kena buat. :) papepun lab hari ni buat 2 jam je. yayy. balik awal. :P



About this video, sorry la kalau tetiba ada some 'scene' tu tetiba teleng. :P biasalah dah orang yang tangkap video ni kreatif sangat. :P ehehehe. okay lah, sampai di sini sahaja. Till then. ;)

Bye dan assalammualaikum.

Video #1

Hello dan Assalammualaikum.


harini, 26 Feb 2013, kita orang buat streaking plate and serial dilution. Actually, mereka ini bukan lah group aku. yelah, mana boleh aku buat experiment dan rakam sendiri. betul tak you allz. :P so, aku tangkap la video mereka tengah lakukan experiment. yeah. anw, sorry shy sbb thumbnail video ni, kau buat duck face. :P aku tak pndai edit la. hee. okay. till then. 

Bye dan Assalammualaikum. 

treasure hunt

hello dan assalammualaikum.

hmm. ahad ni balik universiti malaya yang "tercinta" konon konon nyaaa. :P wahaha. sebenarnya, tujuan aku update ini sebab nak cerita pasal treasure hunt atau bahasa melayunya ialah Mencari Harta Karun. karun la sangat. dek kerana cuti makin nipis, apa kata aku luang kan masa yang terluang ini bersama anak sedara aku tu. hee. :P 

oleh itu, maksu nya yang garang tapi sebenarnya baik gila oh em gee ni pun buat aktiviti dengan anak sedara nya. aktiviti apa? yes treasure hunt. la. sangat. :P yelah, dari anak sedara aku ni p tengok cerita kartun yang MASYALLAH. -.- tadi dia tengok kartun adventure time, yang ada puteri kerajaan la, puteri flame la. boleh pulak cerita tu cakap pasal PERINGKAT. nak tahu peringkat apa? dia kata "peringkat pertama awak boleh peluk puteri flame, peringkat kedua awak boleh bercumbu dengan puteri flame dan peringkat seterusnya awak boleh terokar......." pepaham engko la. macam haram weh cerita tu. padahal kartun kot. yang peliknya kan boleh alih bahasa kan? yang orang cakap bahasa melayu tu macam takde perasaan atau otak yang benda ni salah, dan tidak patut disiarkan di TV lelagi rancangan kanak kanak. ish. geram aku GERAAAAAAAM. :(

Tumblr_mb58dzci071rt01mno1_500_large
nilah cerita adventure time tu. =.= 

huh. so, petang tadi kami pun main treasure hunt, dari dia tgk TV yang macam minta penampar aku tu. =.=

okay, yang ni masa mula mula. wahaha. :P


amik kau. sampai masuk bawah meja. bagus kan maksu. :P



cepat kot part cari kat mesin basuh ni. lol :D


"hahahahaa ada punn" kata si piqa.




hah apa yang maksu tulis tuu?? :P



"piqa, cepat buat peace" kata maksu nya yang comel. :P 



siap pun piqa yang "mendung" :P



nampak tak dekat lengan kanan dia macam ada line putih? XD


"yayyy piqa menangg" memang la kau menang, dah kau sorang je pemainnya. :P


"piqa nape macam tak suka je? cepat gambar lagi" lol. :P



"hahhh kan comel sikit" sikit jelahh. :P


itu sahaja aktivitinya. muahahaha. budak budak dapat jajan sikit pun dah gembira macam dapat suami. eh? :P okay lah sampai disini sahaja. 
bye dan assalammualaikum. :)


budak lelaki

hello dan assalammualaikum. 
well, cuti sem dah nak habis. :( cececeh. sedih konon. padahal happy jugak sebab naik sem leh makan sushi. arghh. sushi yg aku idamkan selama beberapa minggu ni. =.= anyway, cuti ni aku memang tak produktif langsung. tidur dan tidur. ala nanti kalau dah naik sem, mana dapat tidur yang heaven gila kan. wahaha. :D kat um nanti kena mandi awal pagi. pastu kena jalan g kelas. -.- ceh nampak sangat pemalas nak jalan. :P betul weh, rasa malas nak jalan g kelas, mungkin sebab aku g kelas sorang sorang kot, that why rasa macam bosan je. =.= 

eh, suddenly aku teringat dekat sorang budak laki ni. oh em jayy, HOT cute gila you all! :D *ayat budak tak matang* actually, masa tu umur aku 13 tahun kot, and budak lelaki tu around 7 tahun atau 8 tahun. budak ni memang cute, sampai kawan aku pun kata dia ni cute, tapi sayang la aku dah tak ingat nama dia. :P nak di jadi kan cerita, kita orang jumpa masa sekolah agama je. kan ada dua sesi kan. budak lelaki tu suka tarik perhatian aku, aku ni pun duk sengal p layan dia. actually, dia tarik perhatian aku sebab dia memang cute. aku leh siap lambai lambai waktu dia tengah belajar. eh, cute sangat tau, tak leh nak control. :P tiap kali nak pergi sekolah agama, mesti excited nak tengok muka dia nih. ahahaha. :D 

one day, dia cakap dengan cikgu dia, dia nak p toilet, dia lalu sebelah aku, pergi pas duit RM5 kat aku. amboi, muka akak ni nampak macam orang tak mampu ka? :P bila dia balik, aku panggil dia, bagi balik duit tu. ish adik ni, dah la comey, pemurah pulak tu. ahaks. lol. biasalah budak kecik, dia ingat RM5 tu lima posen ke apa. kalau aku, RM5 tu leh beli ikan keli bakar kat 12th. :P ahaha. aku kira kira budak tu mesti dah 15 tahun atau 16 tahun dah sekarang, dah besaq panjang dah. hee. mesti dah tak comel dah, tak pun jadi hensem. wahahaha. :P 

anyway, takde motif aku cakap pasal benda ni. =.= budak tu tah ingat ke tak kat aku. okay lah sampai di sini sahaja. 
bye dan assalammualaikum. :D